Tuesday 27 March 2012

Salam Kepada Semua,

Sejak aku di bangku sekolah lagi aku sentiasa diingati supaya sentiasa membaca buku dan belajar rajin-rajin oleh kedua ibu bapa ku,tetapi perkara tersebut aku buat umpama perkara itu kosong dan tidak bermakna...
Hidupku ini penuh dengan gurau senda dan hanya tahu bergembira,langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain.Semasa mendapat keputusan PMR aku berasa amat sedih dan pilu...sedangkan bukanlah teruk sangat tetapi kerana terlalu ingin berjaya dan amat mementingkan kesempurnaan...aku pun berjanji kepada ibuku bahawa aku akan mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM .....

SPM
Semasa SPM aku tetap tidak berubah...hidup aku tetap penuh dengan kegembiraan dan ini kerana pengaruh rakan sebaya...aku tetap tidak dapat berubah...Pada hari keluarnya keputusan peperiksaan...lututku mula menggigil dan dalam ketakutan kerana diriku ini tidak ingin mengecewakan lagi hati ibu bapa ku...terutama ibuku....ibuku amat berharap padaku..setiap hari dia mengingatiku..tetapi umpama mencurah air ke daun keladi...ia hanya menyerap apabila lagi 2 minggu lagi ingin SPM tidak guna lagi....apabila aku mendapat keputusan itu....aku menangis dan perasaanku ini diseliputi perasaan yang amat takut kerana akan mengecewakan lagi orang tua ku...

Semasa menunggu keputusan UPU....
Aku tidak dapat....aku amat kecewa....ibuku amat marah sangat..sehingga setiap malam disebalik bantal ku ...aku sentiasa menangis..ibuku apatah lagi...dia amat kecewa dengan diriku....kerana kebanyakan saudara-maraku sudah ke menara gading...

STPM.....
Merupakan satu destinasi terakhir dalam hidupku....jika aku berjaya aku dapat memberi kegembiraan kepada ibuku...tetapi jika tidak..hanya tuhan yang tahu...langkah ku akan terhenti..kali ini aku amat berazam dan berjanji kepada kedua orang tuaku bahawa aku akan lawan habis-habisan dan menggempur habis berjuang habis-habisan.....tetapi kerana semangat aku yang keterlaluan terlalu banyak konflik telah ku wujudkan di kelasku..kerana aku selalu membantah segala pendapat rakan dan aku akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik...tapi tahun 2012 ini yang aku ibaratkan sebagai tahun emas ini....aku merasai diriku ini banyak menunjukkan peningkatan yang amat sangat...siang malam aku mengulang kaji...tiada masa untuk bermain...masa ini umpama emas dan berlian yang yang amat tinggi harganya bagi diriku ini.....

Ibuku,,,akan ku buktikan padamu....
Hanya keputusan emas akan kuberikan padamu..
Setiap titisan air matamu menjadi inspirasiku....
Dan hanya STRAIGHT A's untukmu IBUuu.....